BOLKIAH GARRISON, Tuesday, 08 April 2025 - Colonel Aldi bin Haji Hassan, Acting Joint Force Commander received a farewell call from Colonel Peter Chee, Defence Adviser of the Republic of Singapore to Brunei Darussalam. Also present were the Head of Cyber Defence Unit, Joint Force Headquarters and Staff Officer Grade 1 Training, Joint Force Headquarters.
During the call, both sides discussed on their commitment to continue efforts in strengthening the existing bilateral defence relations including cybersecurity, exercises, courses and training. Both sides also expressed the importance of expanding collaboration on areas of common concern through bilateral and multilateral engagements and highlighted the special relationship between both countries.
Colonel Peter Chee also had the opportunity to introduce Colonel Steven Ng Lai Khim, the newly appointed Defence Adviser Republic of Singapore to Brunei Darussalam, and expressed his hopes in maintaining and strengthening the defence ties between the two countries.
Acting Joint Force Commander conveyed his heartfelt gratitude and appreciation for Colonel Peter Chee's commitment and dedication throughout tenure in Brunei Darussalam.
The farewell call concluded with the signing of parchment and a group photo session.






PEMANGKU PEMERINTAH ANGKATAN BERSAMA MENERIMA KUNJUNGAN PERPISAHAN DARI PENASIHAT PERTAHANAN REPUBLIK SINGAPURA KE NEGARA BRUNEI DARUSSALAM
BOLKIAH GARISON, Selasa, 08 April 2025 – Yang Mulia Kolonel Aldi bin Haji Hassan Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama telah menerima Kunjungan Perpisahan dari Kolonel Peter Chee, Penasihat Pertahanan Republik Singapura ke Negara Brunei Darussalam. Turut hadir ialah Ketua Unit Pertahanan Siber, Markas Angkatan Bersama dan Pegawai Turus Latihan, Markas Angkatan Bersama.
Semasa kunjungan tersebut, kedua belah pihak membincangkan mengenai komitmen dan usaha dalam memperkukuhkan hubungan pertahanan yang erat dengan meningkatkan kerjasama dalam pelbagai aspek termasuk keselamatan siber, eksesais, kursus dan latihan. Kedua-dua pihak juga menekankan kepentingan memupuk kerjasama melalui dua hala dan pelbagai hala serta menekankan hubungan istimewa antara kedua-dua negara. Kolonel Peter Chee berkesempatan memperkenalkan Kolonel Steven Ng Lai Khim, Penasihat Pertahanan Republik Singapura yang baru dilantik ke Negara Brunei Darussalam, dan menyatakan hasrat dalam meneruskan hubungan yang erat diantara kedua buah negara.
Pemangku Pemerintah Angkatan Bersama juga telah merakamkan ucapan terima kasih dan penghargaan yang tulus atas komitmen dan dedikasi Kolonel Peter Chee sepanjang tempoh perkhidmatan beliau sepanjang bertugas di Negara Brunei Darussalam.
Perjumpaan tersebut diakhiri dengan menandatangani parchment dan sesi bergambar ramai.